Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Majlis Penyampaian Anugerah Balai Polis Cemerlang MCPF 2018 di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Penglibatan rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi di negara ini dalam membantu mengurangkan kadar jenayah mendapat pengiktirafan masyarakat peringkat dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peranan pihak ketiga itu membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diiktiraf oleh Profesor Chan Kim dan Renée Mauborgne dalam buku Blue Ocean Shift yang diterbitkan pada tahun lalu.

“Untuk mencapai sesuatu kejayaan itu sukar, namun untuk mempertahankan kejayaan itu lebih sukar lagi.

“Maka di sinilah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menawarkan dalam menentukan penanda aras dapat dipertahankan dengan sebaik-baiknya.

“Saya mengharapkan agar kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan bahawa jenayah akan dapat diturunkan dengan kerjasama MCPF,” katanya berucap pada Mesyuarat Agung MCPF di Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kejayaan MCPF mewujudkan 103 badan itu di peringkat daerah di seluruh negara antara langkah yang membolehkan kadar jenayah di negara dapat diturunkan tanpa mengharapkan PDRM semata-mata.

“MCPF berjaya diwujudkan di peringkat daerah telah mencapai 90 peratus penubuhannya. Walaupun kita tahu tiada sebuah negara pun bebas secara mutlak dari segi jenayah, namun usaha-usaha yang dilakukan oleh MCPF menunjukkan peningkatan cukup baik.

“Kita mahu MCPF di peringkat nasional, negeri dan daerah akan terus menjadi third party validators untuk membantu pihak PDRM,” katanya.

Katanya lagi, komuniti kepolisan juga perlu dibentuk MCPF di semua taman perumahan di seluruh negara dalam membantu menurangkan kadar jenayah.

“Komuniti Kepolisan cukup popular dalam kalangan rakan-rakan kita masyarakat Cina. Namun kita dapati di kawasan-kawasan Melayu dan India agak kurang sedikit

“Kita harap bukan saja kawasan perumahan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi kita juga memohon agar di semua rumah panjang ada Komuniti Kepolisan yang akan dibentuk,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast