KUALA LUMPUR – Lagi ramai yang tampil mempersoalkan hubungan ‘intim’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan ahli perniagaan, Datuk Seri G. Gnanaraja yang baru-baru ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang suapan bernilai RM19 juta.

Gnanaraja didakwa menerima wang tersebut daripada syarikat pembinaan yang terlibat secara langsung dengan pembinaan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai hampir RM6.3 bilion.

Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To menyoal adakah gambar antara Guan Eng dan Gnanaraja itu benar atau sebaliknya.

Menurut Eric dalam laman sosial Facebook beliau, Guan Eng yang selama ini menafikan sebarang maklumat berhubung pembayaran wang suapan sebanyak ‘RM22 juta’ oleh syarikat pembinaan itu bagi tujuan menutup kes SPRM.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, sekeping gambar yang didakwa diambil di kediaman Gnanaraja dengan Guan Eng kelihatan begitu mesra dan tersenyum lebar di lihat dirakamkan tahun lepas ketika transaksi wang itu dimasukkan ke akaun Gnanaraja.

“Guan Eng pelu tampil jawab persoalan ini. Jangan cuba berselindung lagi. Jika tidak benar dakwaan ini, saya nasihatkan beliau untuk segera membuat laporan mungkin ada pihak yang cuba lemparkan fitnah.

“Kita mahu tahu adakah benar gambar itu gambar tulen? Benarkah gambar itu diambil di rumah Gnanaraja? Jika benar, apa hubungan mereka berdua apatah lagi kini Gnanaraja menghadapi tuduhan menerima suapan RM19 juta. Tolong tampil bersih dalam isu ini,” katanya.

Gnanaraja yang juga baru-baru ini melancarkan sebuah trailer filem ala-ala ‘James Bond’ dan mengakui dirinya sebagai pelakon popular tempatan Tamil secara ‘mendadak’ di percayai mendakwa dirinya mempunyai hubungan rapat dengan beberapa ahli politik dan boleh ‘menutup’ kes yang sedang disiasat itu.

Ketika itu, SPRM agresif menyiasat kewujudan elemen rasuah dalam projek pembinaan terowong dasar laut sehingga melakukan beberapa tangkapan termasuk  Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd.

Sebelum ini, pelbagai jenis kepincangan telah didedahkan oleh kerajaan Barisan Nasional dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pembinaan yang menelan belanja sebanyak RM6.3 bilion.

Dalam pada itu, blogger BN, Yuktes Vijay turut melahirkan rasa terkilan beliau terutamanya apabila Guan Eng yang selama ini bercakap tentang integriti tiba-tiba dilihat bersama seorang induvidu yang terlibat ‘menipu’ masyarakat India.

“Apa yang Guan Eng buat dengan Gnanaraja? Kami mahu jawapan itu. Pengundi India yang banyak menabur jasa kepada pembangkang terutamanya DAP mahukan jawapan apakah hubungan antara anda dengan suspek yang telah ‘menyusahkan’ kami.

“Ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya dan memasukan duit sehingga mencecah lebih RM7 juta ke akuan Yayasan milik Gnanaraja dan isterinya tahun lalu dan kes ini masih tidak mendapat penyelesaian sehingga kini.

“Kita mahukan penjelasan, adakah satu kebetulan untuk anda bergambar dengan ‘penyagak’ ini atau ia urusan peribadi atau gambar ini telah disunting? Tolong jawab kepada kami,” katanya. – MalaysiaGazette