Seorang lelaki melintasi sebuah masjid yang musnah akibat serangan tentera rejim Bashar Al-Assad.

GHOUTA – Tentera rejim Bashar Al-Assad menawan bandar terbesar di Ghouta Timur dan membahagikan wilayah itu kepada tiga bahagian.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, rejim itu menawan jalan raya yang menghubungkan Douma dengan Harasta di barat, dan juga menguasai bandar Misraba.

“Tentera rejim membahagikan Ghouta Timur kepada tiga bahagian, Douma dan kawasan sekitarnya, Harasta di barat dan bandar lain di selatan,” kata agensi itu.

Badan pemerhati itu berkata, serangan rejim Syria dan Russia di Ghouta sejak 18 Februari lalu telah menyebabkan 1,002 orang terbunuh, termasuk 215 kanak-kanak dan 145 wanita.

Dalam masa sama, Persatuan Perubatan Amerika (SAMS) memaklumkan, sekurang-kurangnya 49 orang, termasuk 14 wanita dan 10 kanak-kanak dibunuh pada Jumaat dan 200 lagi dilaporkan cedera.

Ghouta Timur dihuni kira-kira 400,000 penduduk diletakkan dalam kepungan kerajaan rejim Syria sejak kumpulan penentang mengambil alih kawasan itu pada pertengahan 2013. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast