KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan lima pelajar warga Malaysia yang menuntut di University National of Ireland di Galway terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara itu.

Wisma Putra berkata, kejadian dilaporkan berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari sebuah pekan kecil, Letterkenny ke Galway pada Jumaat lalu.

“Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hsopital Besar Mayo, Castlebar untuk rawatan lanjut.

“Tiga orang mangsa dilaporkan megalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan pulang manakala dua lagi pelajar masih menerima rawatan dan keadaan dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Dublin memantau keadaan mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.- MalaysiaGazette