KUALA LUMPUR – Pengukuhan semula nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dipacu oleh kemasukkan semula pelabur luar ke dalam pasaran kewangan negara.
Ia susulan restasi ekonomi negara yang memberangsangkan, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz.
Othman memberitahu, nilai ringgit mengukuh sebanyak 10.4 peratus kepada RM4.062 berbanding RM4.86 bagi setiap dolar.
Ringgit juga mencecah paras terendah pada 4 Januari 2017 iaitu RM4.4995 berbanding dolar.
“Pengukuhan pada 2017 adalah yang terbaik dalam alangan negara serantau, mata wang ringgit terus menunjukkan pretasi pada 2018 dengan nilai ringit menambah nilai sebanyak 3.9 peratus berbanding dolar Amerika,” kata beliau.
Jelasnya, perkembangan ini disebab kemasukan semula aliran dana portfolio pelabur bukan permastautin dalam pasaran kewangan Malaysia berikutan prestasi ekonomi negara yang menggalakkan.
“Sentimen positif terhadap ringgit turut disokong oleh langkah-langkah pembangunan pasaran yang diperkenalkan oleh pada penghujung tahun 2016.
“Antara menghalang penglibatan institusi kewangan berlesen dalam negara dalam aktiviti kontrak hadapan tanpa serahan (NDF), kedua membenarkan permastautin mengekalkan 25 peratus daripada perolehan eksport dalam akaun mata wang asing,” katanya lagi.
Hasil daripada langkah tersebut, Othman berkata, kesan negatif terhadap pasaran NDF luar pesisir juga telah berkurangan dengan ketara.
“Kadar ptertukaran ringgit di luar pesisir kini lebih menghampiri kadar pertukaran ringgit dalam negeri. Selain itu, volatiliti ringgit juga telah menurun dengan ketara ini secara tak langsung membantu perniagaan dalam membuat keputusan dan mengurus aliran tunai dengan lebih baik
“Aliran pertukaran asing antara eksport dan import juga adalah lebih seimbang sejajar dengan lebihan perdagangan dalam akaun semasa,” ujarnya lagi.
Menurut beliau lagi, hasil eksport yang ditukarkan melebihi import adalah sebanyak $9.2 bilion sehingga Disember 2017. – MalaysiaGazette