Home Seni Hidup Peminat doa Sufian ‘move on’

Peminat doa Sufian ‘move on’

KUALA LUMPUR – Pada 8 Mac lalu artis jelita Elfira Loy menyambut hari lahirnya yang ke 24.

Menarik perhatian netizen di laman media sosial adalah tindakan bekas tunangnya, Sufian Suhaimi yang disifatkan peminat sehingga kini masih belum mengorak langkah baru selepas hubungan mereka berakhir apabila mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya menerusi Twitter.

Walaupun tidak secara langsung menyebut nama bekas tunangnya, Elfira, namun ramai yang dapat menjangkakan ucapan itu khas untuk artis tersebut.

Ekoran tidak mahu Sufian terus dirundung pilu, peminatnya di Twitter memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar penyanyi lagu ‘Terakhir’ itu menerima kenyataan dan meneruskan kehidupannya.

“Sabar itu indah semoga Allah permudahkan segala urusan mu pian,: kata Zuraida Zakaria.

Stay strong,give everything to God,close to yourself in God. Insyaalah you feel calm pian (Allah dekat dengan awak, dengan Allah insyallah akan rasa tenang pian),” kata Who am i.

“Putus cinta tak sakit. Putus tapi masih cinta itu yang sakit,” kata Ahmad dududu.

Kedua-dua selebriti itu pada Febuari lalu gagal mempertahankan hubungan mereka yang sepatutnya ke jinjang pelamin pada pertengahan bulan ini. – MalaysiaGazette