Home Dunia Jepun cadang usia 18 tahun sebagai dewasa

Jepun cadang usia 18 tahun sebagai dewasa

Usia 18 tahun akan dipinda sebagai golongan dewasa oleh Kerajaan Jepun. foto Agensi

TOKYO – Kerajaan Jepun mencadangkan supaya taraf golongan dewasa dinaikkan kepada usia 18 tahun berbanding 20 tahun sekarang.

Sekiranya perubahan itu diluluskan, individu yang berumur 18 tahun akan dibenarkan berkahwin, menandatangani kontrak dan mengambil pinjaman tanpa persetujuan ibu bapa mereka.

Tetapi pada usia itu mereka diharamkan daripada merokok, minum alkohol dan berjudi sehinggalah mencapai berusia 20 tahun.

Sekiranya cadangan itu mendapat sokongan, rang undang-undang itu akan akan dikuatkuasakan pada tahun 2022, sekaligus mengubah undang-undang pentakrifan golongan dewasa sejak ia ditetapkan pada tahun 1876.

Di bawah undang-undang sedia ada, individu di bawah 20 tahun hanya boleh berkahwin dengan kebenaran ibu bapa. Lelaki boleh berkahwin pada usia 18 tahun manakala wanita 16 tahun.

Tetapi pindaan ini akan menaikkan usia wanita yang dibenarkan untuk berkahwin supaya semua individu berumur 18 tahun dapat melakukannya tanpa keizinan orang tua.

Kerajaan memutuskan untuk meminda umur perkahwinan sama untuk kedua-dua jantina kerana tidak ada sebab yang wajar untuk perbezaan itu, menurut khidmat berita Jepun Kyodo. – MalaysiaGazette