Home Utama Melayu, lelaki paling ramai muflis

Melayu, lelaki paling ramai muflis

Razali Ibrahim

KUALA LUMPUR – Seramai 100,610 orang telah diisytiharkan muflis dalam tempoh empat tahun sejak 2013 hingga tahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 69.11 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.

Sebanyak 14.2 peratus yang telah dilepaskan daripada status muflis untuk tempoh yang sama.

“Bagi tempoh 2013 hingga 2017 seramai 100, 610 telah diisytiharkan muflis dan daripada jumlah tersebut 14, 108 orang atau 14.2 peratus orang bankrap telah dilepaskan,” katanya menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri).

Menurutnya lagi, golongan  muflis paling ramai adalah Melayu dengan 54.21 peratus, Cina (27.66), India (12.73) dan lain-lain (5.4).

Razali menambah, pemindaan Akta Insolvensi 1967 menerusi had minimum kebankrapan yang dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000 dapat mengurangkan jumlah rakyat yang berpotensi diisytihar sebagai muflis.- MalaysiaGazette