Monday, December 9, 2024
Home Nasional Penguasaan KBAT 66 peratus SPM 2017 penanda aras SPM tahun ini

Penguasaan KBAT 66 peratus SPM 2017 penanda aras SPM tahun ini

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Penguasaan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 sebanyak 66 peratus akan menjadi penanda aras bagi peperiksaan SPM 2018, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin.

Beliau berkata, KBAT yang mula diperkenalkan pada tahun 2014, menunjukkan keupayaan calon menjawab soalan berdasarkan kemahiran berfikir yang diperlukan untuk menjawab soalan-soalan.

Dianya sama ada 66 peratus itu melepasi sasaran yang ditetapkan, Amin berkata, tahun 2017 merupakan tahun pertama analisis KBAT dikeluarkan dan tidak terdapat rujukan terdahulu.
Menurutnya, peratusan soalan untuk KBAT sentiasa meningkat setiap tahun, daripada 25 peratus  pada 2016 kepada 30 pada tahun lalu dan disasarkan meningkat sehingga 50 peratus menjelang 2020. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast