Foto Instagram Aishah.

KUALA LUMPUR  – Selepas dua minggu penyanyi, Aishah menjalani pembedahan pintasan usus, Bariatrik Surgery, beliau kini sudah kehilangan 7.7 kilogram.

Penurunan berat badan juara Gegar Vaganza musim keempat yang drastik itu telah mendapat perhatian netizen bertanyakan tips dan cara pantas untuk lebih kurus.

Menerusi laman sosial Instagramnya, Aishah berkongsi pengalaman pembedahan dan memberi 10 tip selepas menjalani prosedur berkenaan.

  1. Kita kena jelas mengapa kita buat keputusan untuk pembedahan ini. Kalau sudah nama pembedahan, potong sana sini, mestilah ada tahap sakit yang mesti dilalui. Kita kena realistik dalam hal itu.
  1. Bila dah nekad nak buat, buatlah sungguh-sungguh. Carilah moral dan kumpulan sokongan yang boleh membantu.3. Jangan malas! Sehari selepas pembedahan saya dayakan bangun dan berjalan. Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dapat capai niat kita.

    4. Senyum selalu! Perjalanan seterusnya ialah peperangan antara nafsu hendak makan dgn keperluan makanan sebenar kita.

    Perjalanan ini memang ‘tricky’ kerana selama ini kita keliru di atara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yang kata ‘dah kenyang’.

  1. Sekarang perut yang dulu boleh terima tiga pinggan nasi sekarang boleh masuk 30ml-50ml saja.Kita kena ajar diri kita semula secara mental yang badan kita perlu setakat ini saja. Kita kena perlahan-lahan mencuba makan apa yang perut kita boleh terima.

    6. Pembedahan ini bukan ‘shortcut’ untuk turunkan berat badan, selebihnya kita kena usaha sendiri.

    Calon-calon pembedahan ini termasuk dalam kategori ‘morbid obesity’dan pelbagai penyakit. This is about getting back the quality of life you deserve.

    7. Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita.

    8. Dengar nasihat doktor dan jangan memandai-mandai.

    9. Carilah sebanyak boleh info mengenai pembedahan ini dan fahami.

    10. Saya bukan pakar, saya sekadar berkongsi pengalaman. Hari ke-15 dan saya sudah hilang 7.7 kilogram. – MalaysiaGazette