GENEVA- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen untuk meraih dana AS$1 bilion kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

Agensi-agensi di bawah PBB itu merayu sejumlah AS$951 juta sepanjang tahun bagi menyediakan keperluan asas kepada hampir satu juta pelarian Rohingya di Bangladesh.

Ketua agensi pelarian PBB, Filippo Grandi berkata, bantuan kepada pelarian-pelarian itu perlu dikumpul secepat mungkin berikutan musim tengkujuh yang bakal tiba kerana ramai ketika ini berlindung kawasan yang terdedah banjir dan tanah runtuh.

Etnik Rohingya terpaksa meninggalkan Myanmar sejak enam bulan lalu apabila diseksa dengan kejam dalam usaha pembersihan etnik oleh kerajaan Myanmar.-MalaysiaGazette