Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Kerajaan DAP yang diterajui oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dibidas agar tidak memalukan prinsip prinsip Cekap, Akauntabliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan parti itu hanya omong-omong kosong semata-mata.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, prinsip itu akan ‘hilang’ sekelip mata apabila berdepan dengan kontroversi dan pendedahan berhubung kepincangan negeri dan parti.

Kata beliau, amat jelas prinsip itu sekadar retorik dan sangat memalukan kerana ia gagal diamalkan oleh DAP dan Guan Eng termasuk bapanya, Lim Kit Siang.

“DAP begitu bijak sekali, pandai main ‘taichi ala ninja’ kerana suka putar belit fakta dan menuding jari seolah-olah tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh mereka.

“Habis mengapa semua pendedahan bersama bukti jelas gagal diberikan sebarang penjelasan kecuali ‘konspirasi’ jahat BN sahaja? Jangan buat malu prinsip CAT anda.

“Saya minta untuk berdebat tentang kebenaran pun enggan dilayan kononnya beliau hanya akan berdebat dengan Menteri UMNO sahaja. Sudahlah, jangan retorik sangat,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Ka Siong sekali lagi mencabar Guan Eng untuk berdebat mengenai projek kontrovesi terowong dasar laut yang kini disiasat SPRM.

Projek bernilai lebih RM6 bilion itu disiasat berikutan kos kajian keboleh­laksanaan yang didakwa terlalu tinggi selain skandal penyelewengan yang didakwa melibatkan syarikat kontraktor dan pemaju utamanya.

Ka Siong sekali lagi menggesa Guan Eng dan keseluruhan kepimpinan DAP yang sering melaungkan prinsip ketelusan untuk berhenti memperjuangkan CAT serta memperbodokan rakyat.

“Jawab segera kontroversi projek terowong dasar laut di Pulau Pinang tanpa perlu berdolak-dalih dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast