Home Dunia Vienna kekal sebagai kota terbaik dunia

Vienna kekal sebagai kota terbaik dunia

Bandar Vienna

AUSTRIA – Vienna sekali lagi mempertahankan kedudukannya sebagai kota yang menawarkan kualiti hidup terbaik di dunia, sementara Baghdad, ibu negara Iraq kekal paling teruk, menurut tinjauan firma Mercer.

Tinjauan Mercer melibatkan 231 bandar bagi membantu syarikat dan organisasi menentukan pampasan dan elaun kesusahan bagi kakitangan antarabangsa.

Kriterianya termasuk kestabilan politik, penjagaan kesihatan, pendidikan, jenayah, rekreasi dan pengangkutan.

Dengan penduduk sebanyak 1.8 juta, Vienna mengungguli kaji selidik itu untuk tahun kesembilan berturut-turut, memaparkan pemandangan budaya yang meriah, penjagaan kesihatan komprehensif dan kos perumahan sederhana.

Zurich, Switzerland berada di belakang Vienna manakala Auckland dan Munich di New Zealand di tangga ke-3 dan ke-4

Vancouver, ditangga ke-5, menawarkan kualiti hidup terbaik di Amerika Utara.

Singapura pula mewakili Asia pada kedudukan ke-25 dan Latin Amerika diwakili oleh bandar Montevideo pada kedudukan ke-77.

Durban di Afrika Selatan pada tempat ke-89.

London pula jatuh satu anak tangga berada di tempat ke-41.

“Bandar-bandar di United Kingdom terus bertaraf tinggi untuk kualiti hidup dan tetap menjadi destinasi menarik bagi multinasional dan pekerja mereka,” kata Kate Fitzpatrick, Pemimpin Amalan Mobiliti Global Mercer untuk Britain dan Ireland.

Sepanjang 20 tahun yang lalu, standard hidup semakin meningkat di beberapa bandar di Eropah Timur seperti Sarajevo dan terkini berada pada kedudukan ke-59, dan Bratislava di tangga ke-80.

“Berikutan peningkatan taraf hidup, pasaran tenaga kerja yang kompetitif dan ketersediaan bakat, banyak bandar raya ini telah mula menarik perniagaan multinasional yang menubuhkan operasi baru,” kata Martine Ferland, Presiden Eropah dan Pasifik.

Baghdad berada di bahagian bawah senarai untuk satu dekad.

Sanaa, ibukota Yaman, dihancurkan oleh konflik, berada di atas Baghdad dan Damsyik, Syria, yang mengalami perang saudara selama tujuh tahan berada tujuh tahun menjadi perang saudara, menduduki tempat ke-225. – MalaysiaGazette