Home Politik Kit Siang pertahan anaknya

Kit Siang pertahan anaknya

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang mempertahankan tindakan anaknya yang mencemuh GST di satu acara di negeri itu baru-baru ini.

Malah Kit Siang (Gelang Patah-DAP) berkata, tiada unsur fitnah dalam lagu berkenaan.

“Saya belum lagi tengok video itu dan saya rasa itu bukan fitnah.

“Ada apa-apa (dalam lagu itu) yang ada unsur fitnah?,” tanya Kit Siang dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Sabtu lalu didapati mengajar sekumpulan kanak-kanak di sebuah sekolah menyanyi mengikut rentak lagu ABC namun mencemuh kerajaan dengan menambah huruf G,S,T yang merujuk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Guan Eng dilihat menyanyi mengikut rentak lagu mengenai cukai itu seolah-olah ia memberi kesan buruk kepada rakyat.

Perkara itu dilakukan Guan Eng dalam Program Tuisyen Rakyat yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Mengulas lanjut, Kit Siang turut berkata, kerajaan BN sepatutnya menyiasat jenayah-jenayah besar yang berlaku di negara ini.

“Saya rasa ada perbalahan yang kata sama ada Ketua Menteri itu patut nyanyi lagu itu atau tidak. Tapi saya rasa ada jenayah yang lebih besar dalam negara ini.

“Ada jenayah besar yang kerajaan terlepas pandang. Itu patut disiasat,” kata Kit Siang lagi. – MalaysiaGazette.