Home Ekonomi Permintaan tinggi, harga minyak dunia melonjak

Permintaan tinggi, harga minyak dunia melonjak

SINGAPURA – Harga minyak mentah dunia naik hari ini di pacu oleh ketegangan di Asia Barat dan permintaan tinggi global meskipun pengeluaran minyak Amerika Syarikat meningkat.

Minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate diniagakan pada AS$63.82 setong, meningkat AS$0.28 berbanding harga penutup sebelumnya.

Brent pula didagangkan AS$63.82 setong, naik AS$28.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang dalam lawatan ke Washington telah meningkatkan spekulasi bahawa Amerika Syarikat akan melaksanakan semula sekatan Iran.

“Kutera Mahkota Arab Saudi berada di Washington dan agendanya  jelas untuk meningkatkan tekanan ke atas Iran, bagi saya yang menjadi pemacu utama…yang menyaksikan kenaikan kukuh minyak,” kata Ketua Strategi Pasaran AxiTrader, Greg McKenna.

Perunding Tenaga FGE berkata, Amerika Syarikat akan melaksanakan sekatan ke atas Iran tidak lama lagi, menyebabkan penurunan antara 250,000 hingga 500,000 minyak dalam eksportnya pada akhir tahun.

Para penganalisis lain pula berkata, pertumbuhan ekonomi kukuh dan penurunan dolar adalah pemacu kepada harga minyak.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat susut 2.7 juta tong pada minggu berakhir 16 Mac kepada 425.3 juta, menurut Institut Petroleum Amerika. – MalaysiaGazette