Home Dunia Bapa jual anak untuk seks dipenjara 60 tahun

Bapa jual anak untuk seks dipenjara 60 tahun

Andrew Turley,. foto Agensi

WISCONSIN – Seorang lelaki dijatuhi hukuman 60 tahun penjara di Texas selepas didapati bersalah mahu ‘menjual’ anakya yang berusia 4 tahun untuk tujuan seks di Craigslist.

Andrew Turley, 30, disabitkan dengan pertuduhan “pemerdagangan kanak-kanak dan pelacuran di bawah 18 tahun”, menurut laporan Houston Chronicle.

Pada tahun 2015, Turley menyiarkan iklan di Craigslist bertajuk “Bermain dengan Little Girl Daddie”.

Jabatan Polis Houston yang menyedari kejadian itu telah saling berbalas emel dengan Turley.

Turley  memaklumkan dia mempunyai “seorang gadis yang berusia lebih muda dari 10 tahun” yang boleh tiduri, ” sebelum mereka berjumpa, menurut Pejabat Peguam Daerah Harris County.

Turley memberitahu pegawai itu untuk mengenakan harga sebanyak AS$1000 selama dua jam dengan anak perempuannya dan menyatakan kanak-kanak itu “mungkin terlalu muda untuk hubungan seks tetapi segala-galanya OK”.

Pegawai polis kemudian pergi berjumpa dengan Turley dan anak perempuannya di apartmen Houston yang kanak-kanak itu tinggal bersama ibunya.

“Apabila tiba di apartmen itu, Turley memeriksa wang tunai itu, kemudian membawa dia ke bilik tidur di mana gadis itu berbaring di tempat tidur dan kelihatan ‘di bawah pengaruh bahan yang tidak diketahui’,” kata pejabat pendakwa itu.

Penolong Pendakwa Daerah, Stewanna Miskell berkata, kes itu menyedihkan kerana seorang ayah seharusnya menjadi pelindung bukan pemangsa.

Dan, juri sebulat suara berpendapat perlu Juri melihat perlunya mengasingkan Turley dari masyarakat. – MalaysiaGazette