KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza hari ini ‘memperkenalkan’ anaknya yang dikenali Fatimah Az-Zahra kepada umum.

Isteri kepada Datuk Khalid Jiwa memuatnaik video di laman media sosialnya hari ini.

“Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum,
Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

“Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini,” ujar Siti Nurhaliza.

“Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami,” katanya.

Menurut beliau, malam ini, suaminya akan mengumumkan nama sebenar anak mereka dan ia boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam.

“Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, akiqah dan tahnik pada malam ini,” ujarnya.

Siti Nurhaliza juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan mereka.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.