Sebastian Vettel juara GP F1 terbuka Australia hari ini.

SYDNEY – Juara dunia Formula Satu (F1) musim lalu, Lewis Hamilton dikecewakan Ferrari dalam perlumbaan pembuka tirai F1 pada Grand Prix terbuka Australia hari ini apabila Sebastian Vettel muncul juara.

Pelumba kelahiran Britain dari pasukan Mercedes itu langsung tidak menjangkakan kejutan itu setelah selesa mendahului perlumbaan agak lama.

Pada mulanya Hamilton yang memulakan perlumbaan pada petak pertama dilihat tidak bermasalah untuk menamatkan saingan sebagai juara.

Namun, masalah pada kereta lumba Romain Grosjean dari pasukan Haas, Amerika memaksa penganjur melepaskan kereta kecemasan untuk mengemudi para pelumba.

Kereta kecemasan itu menghadkan pelumba daripada memecut sehingga trek diisytiharkan normal selepas kenderaan rosak dialihkan.

Kenderaan perlumbaan pasukan Amerika, Romain Grosjean rosak memberi kelebihan Ferrari mengecewakan Lewis Hamilton pada GP F1 terbuka Australia pada Ahad hari ini.

Pasukan Ferrari berjaya menggunakan situasi itu sebelum segera mengatur strategi dan mengarahkan Vettel melakukan hentian pit terlebih dahulu.

Malangnya, Hamilton dan pasukannya yang selesa mendahului perlumbaan itu gagal menyedari taktik licik pasukan Skuederia dari Itali itu.

Kemunculan Vettel secara tiba-tiba dari trek hentian pit dan mendahului perlumbaan mengejutkan Hamilton sebelum dia menjerit dalam radio komunikasi dengan pasukannya; “Hei apa yang sedang berlaku? Kenapa kamu tidak memberitahu saya Vettel melakukan hentian pit tadi.

Taktik licik Ferrari berjaya mengejutkan pesaing terdekatnya Mersedes untuk muncuk Juara GP Terbuka Australia di Sydney pada Ahad hari ini.

“Adakah itu kesilapan saya atau sepatutnya memecut memintas kereta kecemasan tadi.. dimana kesilapannya?” keluhnya dengan nada terkejut.

Pasukanya membalas; “Kami menganggap semuanya terkawal dan selesa untuk kita. Sangat jelas sesuatu buruk berlaku sebentar tadi,” merujuk kepada pengakuan yang percaturan mereka salah.

Ia telah menolak Hamilton pada kedudukan sukar dan terpaksa cuba mengekori rapat untuk menunggu peluang memintas Vettel.

Hamilton cuba mencabar Vettel pada pusingan ke-47 namun gagal dan ia sekali lagi melebarkan jarak kepada 2.7 saat belakang Vettel.

Hamilton terus menyalahkan pasukannya yang gagal menyedari tindakan pelumba Skuderia itu.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen juga berjaya menaiki podium setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga manakala pelumba Red Bull Daniel Ricciardo mengakhiri saingan di tempat keempat.

Ferrari diramal menamatkan kemarau 10 tahun kejuaraan dunia F1 musim ini dan sekali lagi menjadi pasukan pilihan yang diramal mampu memberi tentangan sengit kepada Mercedes dalam setiap perlumbaan selepas ini.- MalaysiaGazette