Home Ekonomi Pelabur asing beli RM447.1j ekuiti tempatan minggu lalu

Pelabur asing beli RM447.1j ekuiti tempatan minggu lalu

Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli sebanyak RM447.1 juta ekuiti tempatan pada minggu lalu, lebih tiga kali ganda berbanding RM141.2 juta pada minggu sebelumnya.

Ia juga adalah belian terbesar dalam tempoh lapan minggu.

MIDF Amanah Investment Bank Berhad dalam nota pasaran mingguan berkata, belian asing berlaku pada empat hari daripada lima hari dagangan pada minggu lalu dan memuncak pada hari Rabu dengan jumlah belian RM159.2 juta – menjelang kenaikan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutan yang baru, Jerome Powell.

Momentum belian susut sedikit kepada RM112.2 juta pada hari Khamis selepas tinjauan Rizab Persekutuan mengekalkan tinjauan untuk meningkatkan tiga kadar faedah pada tahun ini.

MIDF Research berkata, bursa tempatan kekal stabil ketika ia ditutup pada 1,877 mata pada hari Khamis – tertinggi setakat tahun ini.

Bagaimanapun, bursa tempatan menyusut pada hari Jumaat berikutan ketegangan berhubung dagangan Amerika Syarikat-China, menyebabkan FBM KLCI jatuh sebanyak 0.62 peratus kepada 1,865 mata. Pelabur asing pula merekodkan jualan bersih sebanyak RM30.9 juta.

Menurut firma penyelidikan itu, kadar penjualan asing di Malaysia dan rakan-rakan Asia Tenggara iaitu Indonesia dan Filipina menjadi perlahan dari RM7.9 juta kepada RM77 juta bersih berbanding pasaran-pasaran Asia Utara yang menyaksikan tahap pergeseran sejumlah RM349.7 juta.

Keseluruhan untuk minggu ini, hanya Malaysia dan Thailand yang menarik aliran masuk bersih di Asia Tenggara.

Pada asas tahun, pelabur asing mengumpul ekuiti tempatan bernilai RM2.50 bilion berbanding dengan harga RM4.49 bilion tempoh yang sama tahun lalu, kata MIDF Research.

Penyertaan asing sedikit berkurangan minggu lepas dengan nilai purata perdagangan harian (ADTV) 33 peratus kepada RM1.09 bilion tetapi menandakan minggu ke-12 berada melepasi RM1 bilion.

ADTV runcit pula susut di bawah RM1 bilion untuk kali pertama dalam tempoh empat minggu. – MalaysiaGazette