Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal di bawah tekanan berikutan pelaksanaan semula cukai eksport bulan depan di samping kebimbangan terhadap perang perdagangan Amerika Syarikat-China.

Ini ditunjukkan dalam penanda aras bulan ketiga kontrak hadapan MSM untuk Jun yang menyaksikan komoditi itu didagangan RM8 lebih rendah kepada RM2,420 semasa akhir sesi dagangan semalam.

CIMB Research berkata dalam laporan terbaharunya, keputusan Malaysia untuk meneruskan cukai eksport MSM sebanyak lima peratus pada April iaitu selepas tiga bulan digantung memberi kesan negatif kepada harga MSM tempatan dalam jangka masa pendek.

“Ini akan menyebabkan harga MSM menjadi lebih rendah apabila pedagang dilihat akan melepaskan sebahagian cukai tambahan itu kepada penanam kelapa sawit.

“Ini akan mengorbankan eksport MSM tempatan pada bulan April manakala Indonesia dilihat mempunyai permintaan CPO yang kukuh bulan depan,” katanya.

Malaysia telah menetapkan harga rujukan MSM pada RM2,474.60 sEtan yang mana masih dalam jangkaan selari dengan kenyataan kerajaan yang menunjukkan ia tidak berhasrat untuk memanjangkan tempoh cukai eksport yang dilaksanakan pada 8 JanuarI lalu. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast