Home Ekonomi Penggunaan IBS mandatori

Penggunaan IBS mandatori

Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini menjadikan pematuhan sistem bangunan industri (IBS) sebagai mandotori dalam pembangunan baharu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kaedah itu akan mendorong penggunaan IBS yang lebih besar di Malaysia.

“Kita mahu PBT menjadikan penggunakan IBS sebagai syarat wajib,” katanya pada majlis Minggu Pembinaan Antarabangsa 2018 hari ini.

Katanya, penggunaan kaedah IBS dalam kalangan pemaju kecil masih perlahan tetapi secara besar-besaran oleh peserta utama seperti IJM Bhd dan Gamuda Bhd.

“Kami ingin mendapatkan semua pihak berkuasa tempatan yang merupakan agensi yang meluluskan untuk menjadikan IBS sebagai salah satu syarat wajib.

Beliau menegaskan, penggunaan IBS akan menjadi berdaya maju apabila terdapat permintaan yang lebih besar dan komponen-komponen yang lebih tinggi.

IBS kurang digunakan oleh pemaju-pemaju kerana sistem itu didakwa lebih mahal.

Fadillah berkata, Jabatan Kerja Raya telah mewujudkan 130 pelan yang mematuhi keperluan IBS.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) merekodkan sejumlah 264 pengeluar IBS dan melatih 1,963 profesional dalam sistem itu dan koordinasi modular. – MalaysiaGazette