Home Ekonomi Rizab Persekutuan semak pinjaman untuk penduduk miskin

Rizab Persekutuan semak pinjaman untuk penduduk miskin

Rizab Persekutuan, Amerika Syarikat. Foto Reuters

WASHINGTON- Rizab Persekutuan mungkin mengubah peraturan lama yang memerlukan bank memberi pinjaman kepada peminjam-peminjam berpendapatan rendah sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyemak pelbagai peraturan perbankan.

Perubahan-perubahan kepada Akta Pelaburan Semula Masyarakat (CRA) mungkin diperlukan disebabkan oleh peningkatan peminjam atas talian, yang dikenali sebagai firma “fintech” serta penyatuan industri, yang telah membentuk semula landskap peminjaman masyarakat, menurut Naib Pengerusi Rizab Persekutuan, Randal Quarlesdalam ucapan yang disediakan untuk persidangan di Atlanta.

“Kami berterusan mengada perubahan-perubahan ini dan berkongsi matlamat sama untuk memperbaiki rangka kerja penyeliaan dan pengawalseliaan semasa CRA untuk meneruskan objektif teras undang-undang mempromosikan akses kepada kredit dan kemasukan kewangan,” katanya.

Diwujudkan pada tahun 1977, CRA bertujuan untuk mempromosikan kemasukan kewangan dengan mendorong bank untuk memanjangkan gadai janji dan kredit-kredit lain untuk masyarakat berpendapatan rendah, yang mengambil deposit.

Undang-undang asalnya merupakan satu amalan yang mana bank-bank enggan memberi pinjaman di kepada penduduk masyarakat miskin, sekaligus melakukan diskriminasi kepada komuniti minoriti.

Bank-bank berkata, undang-undang semasa adalah birokrasi dan sudah ketinggalan zaman, malah mendesak pengawal selia mengkaji semula CRA, seiring dengan pentadbiran Donald Trump yang mahu menghapuskan karenah yang mengekang sektor kewangan.

Pejabat Pengawal Mata Wang pula erancang untuk mengeluarkan konsultasi mengenai semakan CRA dalam beberapa minggu lagi. – MalaysiaGazette