KUALA LUMPUR- Sime Darby Engineering diarahkan membayar Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE) berhubung tuntutan penjualan perniagaan minyak dan gasnya kepada MMHE pada 2011.

Dalam kenyataannya di sini, Sime Darby berkata, Sime Engineering telah menerima notifikasi berhubung pembayaran tersebut daripada Pusat Arbitrasi Antarabangsa Asia.

Jumlah bayaran bagaimana tidak didedahkan.

Kedua-dua syarikat tersebut pernah menandatangani perjanjian jual beli pada 25 Ogos 2011 apabila Sime Engineering mahu melupuskan perniagaan minyak dan gasnya kepada MMHE.

Kedua-dua syarikat turut menandatangani perjanjian jual beli tambahan bertarikh 30 Mac 2012.

Bagaimanapun, timbul pertikaian dan perbalahan mengenai kedua-dua perjanjian tersebut.

Ini menyaksikan MMHE merujuk perkara tersebut kepada pusat arbitrasi.

Menurut Sime Darby, anak syarikatnya itu sedang dalam proses untuk menilai semula pembayaran tersebut.

Ia bagaimanapun tidak akan memberi sebarang kesan material kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan Sime bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast