Home Utama Kenaikan kos haji tidak jejas kuota

Kenaikan kos haji tidak jejas kuota

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengurangkan kuota jemaah haji walaupun terpaksa menanggung peningkatan kos subsidi haji sebanyak RM100 juta ekoran pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kos yang ditanggung jemaah juga dikekalkan pada RM9,980 seorang.

“Kos haji bagi musim 1439 Hirah atau 2018 untuk jemaah secara  keseluruhan  meningkat kepada RM 22,450 berbanding RM19,550 tahun lalu,  pertambahan kos merangkumi kos penginapan, makanan dan perkhidmatan di Arab Saudi.

“Kita tak pernah merasakan  kenaikan kos sebagai halangan, bahkan kuota jemaah sebanyak 30,200 yang diberikan kerajaan Arab Saudi tidak cukup menampung permintaan pendaftaran haji yang kian meningkat.” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) berkenaan perkara itu di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Asyraf Wajdi berkata sehingga 28 Feb lalu, TH menerima pendaftaran haji lebih 2.9  juta orang dan sebanyak 78,951 pendaftaran haji baharu dicatatkan dua bulan pertama bagi tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast