Orang ramai mendapatkan pelbagai tawaran harga murah pada hari terakhir operasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR- Syarikat-syarikat Malaysia menjangka tinjauan masa hadapan yang lebih baik tahun ini.

Indeks Keyakinan Perniagaan RAM mendapati hasil kaji selidik terhadap sentimen perniagaan di Malaysia kekal positif bagi suku kedua dan ketiga 2018.

“Indeks korporat dan Perusahaan Kecil dan Sederhana meningkat masing-masing sebanyak 56.8 dan 52.5 didorong sentimen positif di semua aspek yang dikaji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aspek pengambilan pekerja dan perolehan dan indeks PKS menunjukkan perubahan yang sangat besar.

Sub-indeks pengambilan pekerja meningkat dua mata dan 1.2 mata kepada 60.6 dan 57.7.

Menurut RAM, perubahan tersebut menunjukkan momentum pertumbuhan ketika ini dijangka berterusan lebih enam bulan lalu.

Sub-indeks perolehan berkembang 2.6 mata bagi korporat dan 0.5 mata kepada PKS.-MalaysiaGazette