Home Politik Kehadiran ramai tidak cerminkan jumlah undi

Kehadiran ramai tidak cerminkan jumlah undi

Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Pembangkang tidak boleh beranggapan bahawa kehadiran jumlah besar orang ramai dalam sesi ceramah mereka bermaksud memperoleh undi yang banyak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, masalah dengan pembangkang ialah “mereka beranggapan sesuatu yang dikehendaki itu sudah menjadi milik mereka, sedangkan ia belum lagi menjadi kenyataan dan mengambil kira jumlah orang ramai yang hadir dalam ceramah itu sebagai bentuk undi.”

Beliau memberikan beberapa contoh untuk membuktikan perkara ini dalam catatan menerusi blog beliau di sskeruak.blogspot.my

“Di Sanggang pada 2000, jumlah orang ramai yang menghadiri ceramah pembangkang begitu besar dan kesesakan lalulintas adalah sepanjang berbatu-batu sehingga perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenainya. Bagaimanapun, calon PAS kalah dalam pilihan raya kecil itu kepada calon UMNO,” kata beliau.

“Tetapi calon PKR kalah kepada MCA,” kata beliau dan menambah bahawa baru-baru ini, Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah dua lagi contoh.

Salleh berkata sejak 1990, pembangkang diberitahu bahawa jumlah orang ramai tidak dianggap sebagai undi tetapi mereka tidak pernah mempedulikannya.

“Mungkin sebaik sahaja PRU14 berakhir, dan undi telah dikira, mereka mungkin mula memahaminya,” kata beliau. – MalaysiaGazette