Datuk Seri Najib Razak

PEKAN – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta anggota dan pemimpin parti supaya melupakan seketika soal pemilihan sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kuasa politik yang ada tidak akan bermakna sekiranya parti kehilangan kuasa untuk memerintah negara.

“Sekarang bukan masa kita mengatur soal pemilihan… perjuangan hanya dapat diteruskan sekiranya kita ada kuasa politik.”

“Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi parti tetap ada, jadi utamakan tanggungjawab sebagai anggota parti kerana parti UMNO dan BN diwariskan kepada kita untuk diperturunkan kepada anak cucu kita dalam keadaan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya BN P085 Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini. – Bernama