Home Nasional Pusat khidmat pelanggan PLUS di Plaza Kuala Kangsar tutup

Pusat khidmat pelanggan PLUS di Plaza Kuala Kangsar tutup

logo plus

KUALA LUMPUR – Pusat Perkhidmatan Pelanggan Plaza Kuala Kangsar di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup buat sementara sehingga 28 Mei 2018.

Penutupan sementara ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaik taraf.

Ia akan beroperasi seperti biasa mulai pukul 9 pagi pada 29 Mei ini.

Oleh itu, pemandu dinasihatkan menggunakan pusat perkhidmatan pelanggan lain atau Kiosk Khidmat Sendiri di plaza tol terpilih atau kawasan servis (RSA) untuk memuatkan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go pada tempoh tersebut.

Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka melalui 10,000 pusat tambah nilai di seluruh negara termasuk mesin ATM, pusat membeli-belah, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak dan sebagainya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast