Home Dunia Siasatan bebas pembunuhan di Gaza

Siasatan bebas pembunuhan di Gaza

Antonio Guterres

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mahu siasatan bebas dan telus dijalankan berikutan kematian dan kecederaan penduduk Palestin di Gaza, menurut jurucakap PBB.

“Beliau juga merayu kepada mereka supaya berhati-hati dalam sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan lanjut dan khususnya langkah-langkah yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam,” kata Farhan Haq.

Dalam insiden itu, kira-kira 16 orang penduduk Palestin maut dan beratus-ratus cedera selepas diserang oleh tentera Israel di sempadan Gaza-Israel.

Tentera Israel mendakwa penduduk Palestin telah melakukan protes dan merempuh pagar sempadan.

Bagaaimanapun, penduduk Palestin itu didakwa berbuat demikian selepas mereka dinafikan hak untuk pulang ke kediaman masing-masing yang kini berada di kawasan Israel.- MalaysiaGazette