Nancy Shukri

KUALA LUMPUR – Tiada cadangan untuk menubuhkan tribunal sebagai medium untuk menyelesaikan masalah antara syarikat e-hailing dan pemandunya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Jelasnya, masalah di antara kedua-dua pihak pada masa ini diselesaikan oleh Jabatan Pengurusan Aduan dibawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Namun beliau tidak menolak untuk kerajaan mempertimbangkan keperluan tribunal tersebut.

“SPAD tiada lagi cadangan untuk wujudkan tribunal…ini adalah kerana terdapat satu bahagian di SPAD yang dikenali sebagai CMD yang uruskan semua aduan dan isu berkaitan (pertikaian).

“Semua aduan yang dimaklumkan akan ditangani secara pentabiran atau case basis dan diberi maklum balas mengenai isu ditimbulkan,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Nancy menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang ingin tahu sekiranya kerajaan boleh mewujudkan tribunal untuk menyelesaikan masalah yang bersabit dengan pemandu Uber atau Grab dengan syarikat yang mengendalinya. -MalaysiaGazette