Home Nasional Pemohon boleh kemuka rayuan BR1M mulai hari ini

Pemohon boleh kemuka rayuan BR1M mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemohon-pemohon yang gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh mengemukakan rayuan bermula pada hari ini, kata Perdana Menteri.

Rayuan dibuka sehingga 31 Mei ini di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kepada yang permohonan BR1M mereka tahun ini tak lulus, anda boleh buat rayuan bermula hari ini 2 April sehingga 31 Mei 2018 di mana-mana cawangan @LHDNMofficial,” kata Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitter beliau.

Para pemohon boleh menyemak status masing-masing dan mendapatkan maklumat lanjut di https://ebr1m.hasil.gov.my. – MalaysiaGazette