Home Dunia Gajah sarkas mati, cedera dalam kemalangan

Gajah sarkas mati, cedera dalam kemalangan

Salah seekor gajah yang cedera diangkat dengan menggunakan kren selepas terlibat dalam kemalangan di tenggara Sepanyol.

MURCIA – Seekor gajah terbunuh manakala dua lagi cedera selepas lori yang membawanya terlibat dalam kemalangan di bandar Pozo Canada, Sepanyol.

Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya kerana terpaksa menggunakan kren bagi membawa gajah-gajah yang cedera.

Lori itu dikatakan adalah kenderaan sarkas.

Punca kemalangan masih disiasat oleh pihak berkuasa tempatan. – MalaysiaGazette