Sekumpulan ketua UMNO cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping menggesa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis yang melawan titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyembah maaf atau melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.
Sekumpulan ketua UMNO cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping menggesa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis yang melawan titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyembah maaf atau melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membentangkan Akta Antiberita Tidak Benar adalah selari dengan ajaran Islam kerana ia turut disokong 11 Ahli Parlimen Pas.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, kerajaan amat berterima kasih dengan sokongan padu Pas kerana sepakat meluluskan akta berkenaan.

“Bagus begitu kerana akta ini adalah mengikut Islam, dalam agama kita tidak dibenarkan membawa berita palsu.

“Ianya berlandaskan hukum Islam berhubung berita palsu. Sudah pasti saya rasa rakan-rakan (di Parlimen) yang menyokong RUU ini adalah kepentingan rakyat dan bukan kepentingan kerajaan BN,” katanya.

Shahidan berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen hari ini.

Seramai 11 Ahli Parlimen Pas menyokong perbentangan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

RUU berkenaan diluluskan apabila 123 Ahli Parlimen menyokong manakala 64 tidak menyokong.

Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH) Lim Guan Eng nyata terkejut dengan tindakan Pas menyokong RUU berkenaan.

Guan Eng berkata: “Adakah Pas merupakan salah satu parti pembangkang ataupun parti pemerintah. Dia beri gambaran bahawa Pas adalah sebahagian daripada BN.

“Saya rasa Pas cakap macam BN, saya rasa terkejut sebab bila belum jadi pemerintah Pas sudah cakap macam parti pemerintah.

Mengulas mengenai itu, Shahidan berkata, pelaksanaan akta berkenaan adalah jalan terbaik bagi kerajaan melindungi kepentingan rakyat.

“Rakyat kadang jadi mangsa kepada berita palsu, bukan sahaja menteri dan mereka tidak mendapat perlindungan.

“Dengan akta ini, rakyat akan dapat perlindungan, saya amat berterima kasih dengan semua pihak termasuk Pas yang sokong RUU berkenaan. – MalaysiaGazette