Home Dunia 3 cedera ditembak di ibu pejabat YouTube

3 cedera ditembak di ibu pejabat YouTube

CALIFORNIA – Seorang wanita menembak dan mencederakan tiga orang di ibu pejabat YouTube di sini, sebelum menembak dirinya.

Seorang lelaki, 36, yang dipercayai teman lelaki suspek kini dalam keadaan kritikal selepas di tembak.

Dua lagi mangsa, masing-masing berumur 32 dan 27 tahun.

Ketua Polis San Bruno, Ed Barberini berkata, polis tiba di tempat kejadian apda pukul 12.48 tengah hari (waktu tempatan) dan mendapati keadaan huru-hara dan orang ramai bertempiaran.

Seorang mangsa dengan kesan tembakan ditemui di hadapan ibu pejabat syarikat itu.

Beberapa minit kemudian, polis menemui seorang wanita yang menembak dirinya sendiri.

Seterusnya dua lagi mangsa ditemui berhampiran entiti tersebut.

Video yang dirakam oleh helikopter menunjukkan pintu kaca di bahagian tengah pecah dengan serpihan kaca berselerakan di luar.

Ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Awam San Francisco dan wanita yang berusia 32 tahun dalam keadaan serius manakala seorang lagi stabil. – MalaysiaGazette