Home Ekonomi Bank pusat China gantung operasi pasaran terbuka

Bank pusat China gantung operasi pasaran terbuka

SHANGHAI – People Bank of China (PBOC) akan menggantung operasi pasaran terbukanya hari ini kerana paras kecairan dalam sistem perbankan itu “agak tinggi”.

Dalam asas bersih, bank pusat China itu tidak perlu menyuntik atau mengeringkan mana-mana dana daripada pasaran untuk beberapa hari kerana tiada perjanjian pembelian semula berbalik (reverse repos) yang akan tamat pada Rabu.

PBOC mengeluarkan 160 bilion yuan bersih daripada pasaran kewangan minggu lepas.- MalaysiaGazette