Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR – Penghujung tahun lalu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan menggunakan empat juta daftar pengundi pos bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-14.

Hari ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pula mendakwa badan pilihan raya itu kini akan menggunakan sejuta undi pos pula untuk membantu BN.

“Dulu ada 400,000 daftar undi pos oleh SPR, kini SPR tambah sejuta lebih (untuk PRU-14). (Parlimen) Setiawangsa sahaja ada 15,000 undi tentera,” katanya majlis pengumuman calon AMK untuk PRU14 bagi fasa pertama di Setiawangsa malam ini.

Persoalannya kenapa tidak sampai enam bulan kenyataan Nurul Izzah bertukar-tukar?

Mungkin angka empat juta undi pos terlalu banyak dan susah diterima rakyat menjadikan beliau menukar bilangannya.

Nurul Izzah pada Disember lalu mendakwa, tindakan SPR baru-baru ini mengumumkan akan menetapkan anggota keselamatan dan kesihatan sebagai ‘pengundi pos’ memberi isyarat seolah-olah akan berlaku permainan kotor melibatkan SPR dalam PRU-14.

“Data terkini, jumlah anggota tetap pegawai RELA adalah seramai 1,100 orang, walhal sukarelawan RELA hampir 3.05 juta orang.

“Banyak pihak meragui, apakah pada saat akhir sebelum PRU-14 kelak, SPR bersedia menyatakan jumlah terkini bagi keseluruhan kategori undi pos, termasuk yang difikir layak?,” ujar Nurul Izzah sebelum ini. -MalaysiaGazette