Datuk Habib Mohamed Abdul Latif bersama anaknya, Datuk Seri Meer Sadi.

PULAU PINANG – Pengasas syarikat pembuatan dan penjualan barangan kemas bumiputera terkemuka, Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif, 92, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 4.26 pagi tadi.

Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri sejak dua minggu lalu selepas mengalami kecederaan pada kepala dipercayai akibat terjatuh di rumahnya.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Kapitan Keling dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini selepas zuhur petang ini.

Allahyarham mengasaskan jenama Habib Jewels sejak 1958 dan kini telah diwarisi oleh anaknya, Datuk Seri Meer Sadik sejak 1986.

Perniagaan barangan kemas Habib bermula di Pitt Street di sini manakala cawangan keduanya dibuka di sebuah hotel di Jalan Burmah di sini.

Tahun 1972 menyaksikan kemuncak perniagaan barangan Habib termasuk mula mengeskport barangan kemas ke Asia Barat pada 1980-an.

Cawangan Habib Jewels pertama di luar Pulau Pinang dibuka di Semua House, Kuala Lumpur pada 1986 dan pada 1998, Habib menjadi kedai barangan kemas pertama yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. – theRakyat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast