Home Ekonomi Honda Malaysia panggil semula model 2013

Honda Malaysia panggil semula model 2013

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia buat panggilan kepada 28,399 buah kereta keluaran tahun 2013 untuk penggantian inflator beg udara sebagai langkah berjaga-jaga.

Model-model yang dipanggil semula itu melibat City, Jazz, Jazz Hybrid dan Insight.

“Honda Malaysia memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan adalah keutamaan syarikat dan ia kesal dengan kesulitan yang berlaku,” katanya.

Dalam kenyataannya, Honda Malaysia berkata, setakat bulan lalu, pihaknya telah menggantikan 223,000 inflator beg udara, yang mewakili nisbah penyelesaian 84 peratus.

Jumlah inflator beg udara Takata bagi tempat pemandu dan penumpang yang telah selesai melebihi 435,000 unit atau nisbah penyelesaian 77 peratus.

Katanya, panggilan semula tidak melibatkan jualan model semasa.

Setakat ini tidak ada kes kemalangan atau kecederaan berkaitan inflator beg udara penumpang Takata dilaporkan di Malaysia.

Untuk makluman lanjut pemilik Honda boleh melayari laman sesawang www.honda.com.my dan www.productrecall.honda.com.my atau di talian 1-800-88-2020. – MalaysiaGazette