Home Nasional Lebih 7 juta pemohon BR1M lulus setakat Mac

Lebih 7 juta pemohon BR1M lulus setakat Mac

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,084,726 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2018 sehingga 31 Mac lalu,

Jumlah itu merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,705,853 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Sebanyak 324,973 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 pula menerima agihan RM900 dan bantuan RM450 kepada 3,053,900 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM6.12 bilion, kata Kementerian Kewangan.

Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M 2018, rayuan dan penghantaran dokumen sokongan boleh dibuat mulai 2 April 2018 hingga 31 Mei ini di mana-mana cawangan LHDN termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat.

Pemohon juga boleh menghantar permohonan secara pos ke alamat Peti Surat BR1M, GPO Shah Alam bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan terkini.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: [email protected] – MalaysiaGazette