KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat ke-13 hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan oleh Yang Di-Pertuanya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Usul penangguhan itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan meminta Dewan Rakyat agar tidak ditangguhkan sebelum pindaan Akta Tatacara Keweangan dilakukan.
Azalina berkata, selain akta itu, pindaan bagi kesemua perkara lain akan ditangguh dan dibawa ke sidang Dewan Rakyat ke-14 akan datang.
Pandikar dalam ucapan pemakluman penangguhan itu berkata, sidang mesyuarat pertama Dewan Rakyat kali ke-13 itu yang berlangsung selama 20 hari itu telah mencipta sejarah kerana ia berjalan selama enam penggal dengan lancar.
“Dalam tempoh ini juga, ayuh kita ubah, itu janji saya, pada ketika itu, janji untuk laksanakan pembaharuan, perubahan, dan janji untuk martabatkan institusi Parlimen.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah bahawa janji saya untuk melaksanakan pelan transformasi Parlimen telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan ahli-ahli Yang Berhormat,” katanya pada sesi pengangguhan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Pandikar juga merakamkan penghargaan kepada pihak eksekutif khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas sokongan dan persetujuan kerajaan dalam pelan transformasi Parlimen yang telah diusahakan.
“Saya bersyukur dengan beberapa pindaan peraturan mesyuarat baharu yang diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi pertama.
“Di mana ia telah diterima baik hampir semua ahli Dewan Rakyat dari kerajaan dan pembangkang,” katanya.
Antara pindaan transformasi Parlimen termasuk memulakan kamar khas, membenarkan tiga pertanyaan menteri semasa sidang berlangsung, kerajaan menggubal rang Undang-Undang untuk menjaga kesihatan Speaker, mewujudkan insuran atau kuasa speaker boleh menyaman Yang Berhormat yang menimbulkan karenah susulan tindakan mengeluarkan kenyataan tidak berhemah.
Pandikar juga kesal dengan sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang meminta beliau meletakkan jawatan bagi menyelesaikan masalah kesihatannya.
“Ini bermakna ada sikap yang tidak utamakan peraturan mesyuarat,” tegasnya.
Beliau turut berasa teruja untuk dicalonkan semula sebagai Yang Berhormat meskipun hakikatnya tarikh pencalonan berbeza kerana ia ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Hari pencalonan saya untuk bertanding pada hari pertama selepas selesai sidang pilihan raya, yang menentukan kemenangan dan pertahankan kerusi Speaker adalah yang Berhormat yang dipilih selepas menang PRU14.
“Saya amat mengharapkan mudah-mudahan ahli-ahli Parlimen yang menang nanti akan lebih utamakan etika Parlimen mengatasi kepentingan politik peribadi,” katanya.
Katanya lagi, beliau berharap ahli Parlimen pada sesi kali ini sedia menerima kekecewaan sekiranya mereka tidak dipilih PRU14 akan datang.
“Manalah tahu, yang menang adalah dari pihak sebelah kiri duduk di sebelah kanan.
“Pelbagai warna-warni dalam Dewan Rakyat turut berlaku semasa kita bermesyuarat. Mudah-mudahan segala sumbangan idea dan pandangan akan jadi timbang tara kepada kerajaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















