Siti, anak
Foto Instagram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan berat badannya sudah turun 14 kilogram selepas melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah.

Siti ketika ini sudah masuk hari ke-17 berpantang.

Wanita berusia 39 tahun dan puteri kesayangan ramai itu juga berada dalam keadaan baik.

Malah, Siti mengakui penyusuan susu ibu membolehkan dia berusaha menurunkan berat badan sepanjang proses berpantang.

“Ibu happy sebab dah susut 14kg ( sbb berjaga dan aafiyah kuat minum susu ibu) Thank you anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah,” ujarnya.

Siti melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara. – MalaysiaGazette