Home Utama Kami terkilan dengan Tun M – Subramaniam

Kami terkilan dengan Tun M – Subramaniam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Pelancaran Skim Pelaburan Khas Masyarakat India B40 di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – MIC dan masyarakat India terkilan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan program Insipirasi Pakatan Harapan untuk membela nasib masyarakat India.

Datuk Dr. S. Subramaniam mempersoalkan mengapa insiatif itu tidak dilaksanakan semasa pemeritahan Dr. Mahathir selama 22 tahun dulu.

Secara sinis, Presiden MIC itu berkata, tindakan Dr. Mahathir itu pelik sambil menyifatkan bekas perdana menteri itu terus tersedar yang masyarakat India masih memerlukan bantuan.

“Dua hari lalu dia kata nak bantu sekolah Tamil dan sosioekonomi masyarakat India.

Saya terkilan kerana kenapa ia tak dilakukan semasa beliau tadbir negara dulu,” katanya dalam ucapan di Majlis Pelancaran Skim Pelaburan Khas Masyarakat India untuk golongan B40 di Pantai Dalam di sini.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr. Subramaniam berkata, MIC pernah menagih pembangunan untuk sekolah Tamil tetapi ia tidak pernah mendapat perhatian beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast