Soldiers of Japanese Ground Self-Defense Force (JGSDF)'s Amphibious Rapid Deployment Brigade, Japan's first marine unit since World War Two, take part in a drill at JGSDF's Camp Ainoura in Sasebo, on the southwest island of Kyushu, Japan April 7, 2018. REUTERS/Issei Kato

TOKYO – Jepun mengaktifkan unit marin, untuk kali pertama sejak Perang Dunia Kedua, yang dilatih bagi bertindak balas terhadap penyerang yang menduduki pulau-pulau milik Jepun di Laut China Timur dengan Tokyo khuatir terdedah terhadap serangan China.

Kira-kira 1,500 anggota Briged Kerahan Pantas Amfibia (Amphibious Rapid Deployment Brigade – ARDB) dengan pakaian seragam celoreng berbaris dalam keadaan cuaca sejuk dan berangin pada majlis yang diadakan di sebuah pengkalan tentera dekat Sasebo di barat daya Pulau Kyusu.

“Berdasarkan peningkatan kesukaran keadaan pertahanan dan keselamatan di sekeliling Jepun, mandat pertahanan pulau-pulau kami adalah kritikal,” kata Naib Menteri Pertahanan, Tomohiro Yamamoto dalam ucapannya.

Anggota tentera itu melakukan latihan menawan semula sebuah pulau terpencil daripada penyerang yang berlangsung selama 20 minit, lapor Reuters.

Para oengkritik memberi amaran pembentukan briged marin itu boleh mencetuskan kontroversi kerana unit amfibia menunjukkan kekuatan ketenteraan dan boleh digunakan untuk mengancam jiran Jepun.

Jepun menggurkan hak berperang dalam perlembagaannya selepas Perang Dunia Kedua.

Briged itu merupakan komponen terbaharu pertumbuhan angkatan marin itu membabitkan kapal pengangkut helikopter, kapal amfibia, pesawat pengangkut Ospey dan kenderaan penyerang amfibia yang bertujuan menghalang China mengakses Lautan Pasifik Barat dengan mudah.

China yang mendominasi Laut China Selatan mendahului Jepun dalam perbelanjaan ketenteraan.

Pada 2018, Beijing yang menuntut sekumpulan pulau tidak berpenghuni dikuasai Jepun di Laut China Selatan membelanjakan Yuan 1.11 trilion untuk angkatan tenteranya, lebih tiga kali ganda daripada Jepun. – Agensi