Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
KUALA LUMPUR – “Sepanjang kami berjuang, tidak pernah ada mana-mana manifesto yang memberi penghormatan paling tinggi kepada ibu dan wanita di Malaysia,” kata Ketua Wanita BN, Tan Sri Shahrizt Abdul Jalil.

Beliau berkata, penghormatan yang ditunjukkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu merupakan satu sejarah bukan sahaja kepada Wanita BN bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi BN kerana di bawah kepimpinan beliau meletakkan wanita di satu tempat yang amat mulia.

“Hari ini Datuk Seri Najib dan Kerajaan BN meletakkan ibu, wanita dan isteri di satu tempat yang amat mulia. Kesejahteraan wanita, kebahagian wanita, kejayaan wanita menjadi akujanji utama Manifesto BN,” katanya yang ditemui pemberita selepas Pelancaran Manifesto BN di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Shahrizat berkata, bagi memperincikan inisiatif kepada golongan wanitu itu, pihaknya juga akan melancarkan Manifesto Wanita BN dalam masa terdekat.

“Kami Wanita bersama Datuk Seri Najib kita akan lancarkan Manifesto Wanita yang akan memperincikan penghormatan yang diberikan oleh Preside BN kita,” katanya.

Manifesto BN untuk PRU14 kali ini menggunakan tema ‘Bersama BN, Hebatkan Negaraku’ yang mengandungi 14 teras utama dengan lebih 200 insentif dalam 364 muka surat.

‘Ibu dan Wanita, Dikaulah Ratu Hati Negaraku’ merupakan insentif untuk golongan wanita, ibu dan isteri serta menjadi pembuka kepada Manifesto BN kali ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast