Home Ekonomi Aliran pelabur asing RM328j minggu lalu

Aliran pelabur asing RM328j minggu lalu

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing masih memasuki bursa tempatan berbanding minggu lalu berbanding empat pasaran lain di Asia Tenggara.

Berdasarkan data awal Bursa Malaysia, jumlah aliran masuk pelabur asing pada minggu lalu berjumlah RM328 juta berbanding aliran keluar RM301.3 juta pada minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Research, pada hari pertama untuk suku tahun kedua, sejumlah RM40.6 juta dibawa keluar oleh pelabur asing berikutan sikap berhati-hati menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Aliran keluar pelabur asing memuncak pada hari Rabu dengan jumlah AS$90.1 juta selepas China memutuskan untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas AS$60 bilion produk Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pelabur asing kembali ke bursa pada hari Khamis dengan membeli ekuiti sejumlah RM158.9 juta dan RM212 juta pada hari Jumaat biarpun Presiden Amerika Syarikat mengancam untuk mengenakan tarif tambahan AS$100 bilion ke atas China.

MIDF Research berkata, momentum belian di bursa tempatan meningkat dipacu oleh pengumuman Parlimen pada hari Sabtu.

Setakat ini, jumlah terkumpul pelaburan pelabur asing dalam ekuiti tempatan berjumlah RM2.53 bilion.

Daripada 14 minggu sepanjang tahun 2018, hanya tiga kali aliran keluar pelabur asing.

Penyertaan asing semakin baik dengan nilai purata dagangan harian (ADTV) meningkat sebanyak 13 peratus kepada melepasi RM1 bilion.

Sementara ADTV pasaran asing pula meningkat sebanyak 13 peratus kepada melepasi RM1 bilion.

Pasaran runcit adalah berdaya saing dengan ADTV juga meningkat sebanyak 13 peratus kepada
RM953 juta. – MalaysiaGazette