Khairuddin Othman
Khairuddin Othman

KUALA LUMPUR – Jangan letak Khairuddin Othman sebagai calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras atau berdepan sabotaj daripada akar umbi Parti Amanah Negara (PAN).

Itu kata dua Yang Dipertua Parti Amanah Negara (PAN) Sungai Buloh, Mohd. Habib Al Intani kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang mewakili 327,227 ahli akar umbi PH ternyata berang dengan tindakan Azmin yang dikatakan mengekalkan bekas Setiausaha Pas Selangor bagi mempertahankan kerusi yang disandangnya pada  PRU-14 tidak lama lagi.

“Kami berang dengan tindakan Timbalan Presiden PKR yang juga merangkap MB Selangor untuk kekalkan Khairuddin yang baru melompat dari Pas ke partinya malam tadi.

“Ini adalah satu tindakan tidak bermaruah dan tidak setiakawan oleh PKR kerana sebelum ini telah pun disepakati dalam perbincangan peringkat negeri bahawa DUN Paya Jaras ini diperuntukkan untuk parti kami dan bukannya untuk PKR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin sah meninggalkan Pas dan menyertai PKR malah mempertahankan kerusi beliau untuk parti baharunya.

Kemasukan Khairuddin ke dalam PKR disambut baik Mohamed Azmin sebelum itu.

Dalam ada itu, Mohd. Habib mendakwa PAN telah lama menggerakan jentera di kawasan itu bagi memenangkan parti pimpinan Mohamad Sabu dan telah mempunyai calon terbaik bagi kerusi terbabit.

“Disuruh menggunakan logo PKR untuk PRU kali ini, kami juga terima kini kerusi yang sudah pun dijanjikan kepada kami, yang telah kami berusaha bersungguh-sungguh menawannya pula mahu diserah kepada si pelompat yang hanya melompat setelah tidak dicalonkan lagi oleh parti lamanya.

“Jika ini bukan tindakan pengkhianatan oleh PKR, apa lagi mahu disebut?

“Justeru kami ahli akar umbi PAN dengan ini bertegas dan menolak dengan keras kempen Kekal Khairuddin,” katanya. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. memang tak patut azmin buat macam tu. azmin kena ikut keputusan yang telah disepakati sebelumnya . jangan cari gaduh sama sendiri .

Comments are closed.