MGF17012013_Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 berkuatkuasa hari ini.

Baginda menzahirkan perkara itu pada Majlis Pengumuman Pembubaran DUN Perak ke-13 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, sebentar tadi.

Pada majlis itu baginda turut menzahirkan penghargaan atas perkhidmatan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir yang telah memimpin kerajaan Perak sejak 7 Mei 2013, setelah mendapat perkenan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Sultan Nazrin turut menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, begitu juga kepada semua ahli Dewan Negeri Perak ke-13 yang telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. – MalaysiaGazette