Liverpool melangkah ke separuh akhir Juara Juara eropah setelah singkirkan man City 5-1 di Etihad malam tadi.

MANCHESTER – Jurgen Klopp percaya Liverpool telah menyingkirkan salah sebuah pasukan terbaik dunia daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Dalam aksi timbal balik suku akhir di Stadium Etihad, skuad Pep Guardiola tersungkur di laman sendiri kepada asakan Liverpool.

Liverpool yang ketinggalan 0-1 bangkit mencatatkan kemenangan 2-1 dan mara ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 5-1.

Gol awal Gabriel Jesus pada awal perlawanan memberi harapan kepada City.

Namun kesilapan pengadil  yang tidak membenarkan gol Leroy Sane melemahkan semangat the Citizens.

Mohamed Salah dan Roberto Firmino menamatkan ‘riwayat’ City.

“Saya rasa mereka pasukan terbaik di dunia tetapi kami mampu menundukkan mereka dan memang layak mara ke separuh akhir.

“Kamu boleh bayangkan Pep tidak gembira dengan gol yang dinafikan pengadil, tetapi kami berjaya menjaringkan lima gol ke atas mereka.

“Sebenarnya jaring satu gol ke atas pasukan City mustahil,” katanya.

Ujar Klopp, dia gembira Liverpool berada di pentas separuh akhir selepas sekian lama.

“Man City mengambil risiko dengan susunan pemain utama, namun kami tahu kami mampu bolos gawang mereka,” katanya. – Malaysiagazette