Home Politik Pembangkang ulang guna taktik lama

Pembangkang ulang guna taktik lama

Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat membuat taktik yang sama apabila menuduh Perdana Menteri akan melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pemimpin Pakatan Harapan pernah menuduh Barisan Nasional (BN) melakukan penipuan pada PRU13 kononnya berlaku gangguan elektrik semasa pengiraan undi dan peti undi tambahan dibawa masuk dari kawasan tertentu.

Itu tidak termasuk pengundi hantu yang dibawa oleh BN dari Bangladesh dan bermacam-macam lagi.

Hakikatnya, kata Salleh, pembangkang membuat kenyataan-kenyataan itu semata-mata untuk menyelamatkan air muka mereka yang kalah pada pilihan raya sebelum ini.

“Pakatan Harapan tahu mereka tidak boleh menang pada PRU13, jadi sebelum pilihan raya mereka meramalkan akan kalah disebabkan berlaku penipun dan selepas pilihan raya pembangkang akan menggunakan segala tuduhan penipuan untuk menerangkan kekalahan.

“Ini serangan awal Pakatan pada PRU dulu dan kini mereka mengulangi sekali lagi supaya apabila mereka kalah nanti, pembangkang boleh menyelamatkan ‘muka’ masing-masing dengan menyalahkan penipuan seperti mana yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Walau apapun, katanya, semua dakwaan pembangkang ternyata salah apabila Kedutaan Bangladeh juga menafikan 10,000 rakyatnya telah diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi dalam PRU13, yang mana memerlukan lebih daripada 100 pesawat khas.

Malah, kawasan-kawasan yang didakwa mengalami gangguan bekalan elektrik tidak pernah mengalami masalah itu, malah pekerja-pekerja parti pembangkang yang berada di tempat mengundi juga menafikan berlaku peti undi tambahan. – MalaysiaGazette