Home Dunia Panama pertimbang bina landasan tren ke Costa Rica

Panama pertimbang bina landasan tren ke Costa Rica

Juan Carlos Varela

LIMA – Panama sedang mempertimbangkan untuk membina infrastruktur kereta api penumpang ke Costa Rica dengan China.

Projek itu dijangka membabitkan pelaburan awal AS$5 bilion, kata Presiden Panama.

Presiden Juan Carlos Varela berkata, Panama mempromosikan pelaburan infrastruktur secara amnya dan juga akan membuka bidaan talian metro ketiga yang memerlukan pelaburan sejumlah AS$4 bilion.

China banyak terlibat dalam pembangunan di Amerika Latin selepas Presiden Donald Trump telah mengambil sikap lebih protektif terhadap perdagangan.

“Kami sedang melakukan kajian kebolehlaksanaan laluan tren sepanjang 450 kilometer antara Panama dan sempadan Costa Rica,” kata Varela di luar acara Sidang Kemuncak Amerika di Lima.

Varela juga berkata, Panama menjangkakan lombong tembaga bernilai AS$ bilion yang dibina oleh First Quantum Minerals Australia mula menghasilkan pengeluaran pertama tahun depan.

Lombong itu dijangka menambah 2.5 peratus kepada ekonomi domestik Panama. – MalaysiaGazette